Thursday 17 May 2012

JUTAWAN-JUTAWAN SENYAP.FELDA....

Anda sering ditanya apakah cita-cita yang hendak dicapai tika dewasa kelak. Kita pun mendengar jawapan-jawapan yang klise seperti, "Aku nak jadi guru...kau?" "Aku nak jadi polis...kau?" "Aku nak jadi jururawat.."

"Dan kau...diam saja...apa cita-citanya?"

"Aku nak jadi jutawan..."jawabnya selamba. Tapi aku yang terpana. Tinggi amat cita-cita yang hendak digapainya. Namun tidak mustahil mampu diraih jika disertai dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Kesemua kawan-kawanku berjaya mencapai cita-cita mereka yang disemat di hati sejak kecil. Dan kawanku yang ingin jadi jutawan itu telah tergolong di kalangan jutawan-jutawan senyap di felda.

Felda telah membuka dan memajukan 360 tanah rancangan felda dan 112635 peserta yang menyertainya sebagai peneroka.

Jikalau setiap kampung felda memiliki 10 orang saja tahap jutawan senyap; kiralah pula jumlah keseluruhannya. Felda LBJ dan Sg. Buaya kesemua penerokany adalah jutawan-jutawan kerana tanah mereka diambil kerajaan untuk pembangunan negara.

Tandanya kejayaan felda dan peneroka memajukan hutan belantara terbukti jelas. Tidak perlulah hendak mempertikaikan kemantapan kewangan felda yang memberi durian runtuh 15k kepada peneroka-penerokanya.

2 comments:

  1. saya ada pakcik dan makcik yang mengusahakan tanah felda di Pahang sana//mereka sgt susah waktu dulu semasa anak2 masih kecil..skrg mereka tengah menuai usaha keras mereka dulu..sekarang sy tgk mereka lebih senang dari org lain

    alhamdulillah

    ReplyDelete
  2. ye irfa...peneroka yg masuk felda akhir 70an mungkin lbh selesa khdpan mrka brbnding kak yg brsama kluarga mnyertai tka projeknya baru saja dimulakan kat Pahang ni. namun kesusahan berada di tanah felda sama saja. susah memanjang dgn pendapatan sgt minima cukup sekadar makan pakai saja. motto felda BAKTI DISEMAI BUKTI dituai ternyata kini...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist