Sunday 12 April 2015

JIRAN-JIRAN TERBAIK...

ASSALAMUALAIKUM...

Hidup kita ini memang saling bergantungan dan perlu memerlukan di antara satu sama lain. Tidak kira samaada mereka itu jelas hubungannya dengan kita umpamanya ibu ayah, adik beradik, saudara mara terdekat atau sesiapa saja yang berada di sekeliling kita.


Selain itu tentulah jiran-jiran tetangga kita. Jiran-jiran itu adalah saudara kita yang paling akrab sehinggakan mereka dirasakan seolah berhak ke atas harta kita menurut Nabi SAW. Namun tidaklah sampai begitu sekali.

Aku merasa amat bersyukur justeru sepanjang hidupku ini, aku di kelilingi jiran-jiran yang amat baik lagi prihatin terhadap aku dan keluargaku. Mereka ini membantu apa saja kesulitanku tanpa imbalan apa-apa. Bukan senang hendak hidup sebagai OKU sekiranya tiada tangan-tangan yang sudi menghulur pertolongan.

Jiranku yang di sisi kanan rumah adalah kak Idah dan suaminya Jusuh serta anak-anaknya. Kak Idah ini pantang melihat laman rumahku diserabuti rumput-rumput atau anak-anak pokok, beliau tidak senang duduk untuk membersihkannya. Aku boleh buat juga. Tapi tentu saja kerja-kerja yang dibuat OKU lambat siapnya. Dengan pertolongannya bertambah mudah kerja-kerja yang perluku buat.

Beliau ini juga gemar sekali menghantar apa saja penganan yang dibuatnya kepadaku. Bersusun pinggan makanannya yang tidak sempatku pulangkan di rumahku. Jikalau aku ditimpah musibah banjir, pokok-pokok tumbang atau apa saja beliaulah yang pertama akan muncul di muka pintu. Terima kasih banyak-banyak kak idah kerana seringkali membantuku. Dan aku pasti jiranku yang sangat baik ini akan terus membantuku selagi aku hidup dan beliau masih bernafas.

Demikian kisah salah seorang daripada jiran-jiranku yang kesemuanya baik-baik. Baru-baru ini aku mengadakan kenduri akikah cucu bersekali dengan sambut menantu. Kesemua jiran-jiranku satu peringkat 4 datang membantu menguruskan majlisku sehingga selesai segala-galanya. Mereka berlenggeng tangan bergotong royong menyiapkan semua keperluannya sedang aku cuma memerhati. Aku berterima kasih sungguh kepada semua jiran-jiranku yang bersusah-payah membantu menyempurnakan majlisku itu.

Syukur Alhamdulillah. Terasa bertuah sungguh hidupku berada di tengah-tengah masyarakat dan jiran-jiran yang baik lagi prihatin terhadap OKU seperti aku.

21 comments:

  1. jiran bermuafakat mmbawa berkat..Alhamdulillah, seronok dapat jiran2 yg baik..

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah jiran yg baik n sedia membantu.. semoga Allah permudahkan urusan akak dan jiran akak ..😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah acik...jiran2 akak tu baik2 semuanya tempat kak menyandarkn kesusahn...tq acik AP.

      Delete
    2. insyaAllah acik...jiran2 akak tu baik2 semuanya tempat kak menyandarkn kesusahn...tq acik AP.

      Delete
  3. alhamdulillah.. bagus la kalau macam tu.. saling tolong-menolong sesama jiran tetangga.. nabi pun dah sebut betapa pentingnya berbuat baik sesama jiran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hidup di kampung gitulah pha is saling bertolong bantu spt keluarga sendiri walau tiada hubungan darah...tq pha is.

      Delete
  4. Assalam kak PI. lama xziarah sini.. apa khabar..

    ReplyDelete
  5. wsalam hasnah..kak ok jer hrp ema juga gitu..lama mnghilang berehat ker...tq

    ReplyDelete
  6. salam kak..
    alhamdulilah..jitran sepakat
    membawa berkat..
    dari bacaan saya ..mcm akak duduk di kominiti felda..blok "pringkat empat"?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...insyaAllah sobri..heh..heh..betullah tu skim felda tu kan ada peringkat n blok2nya..tq sobri.

      Delete
  7. Assalamualaikum kak,

    Islam sebagai sebuah agama yang syumul dan lengkap turut menitikberatkan adab-adab terhadap jiran tetangga. Inilah keistimewaan agama yang dibawa oleh Rasulullah saw kerana ia bukan sahaja menekankan aspek ketuhanan, bahkan turut merangkumi aspek sesama manusia. Di dalam satu hadis Rasulullah saw mengaitkan hak jiran dengan kesempurnaan iman. (Hadis Imam Muslim no. 46)

    "Wah, bertuah akak mempunyai jiran yang sangat baik. Bukan senang mahu bertemu dengan jiran yang sebegitu di zaman ini. Ada, tetapi tidak ramai. Mudah-mudahan kita semua memperolehi jiran yang memberi manfaat di antara satu sama lain.Aminn..."

    ReplyDelete
  8. wsalam dik ustaz...tq tentg adab n ilmu kejiranan yg dikongsi bersama...beradab sesama jiran harus dijaga sebaiknya saling bertolong bantu n rajin berbuat kebajikan sekomuniti stempat.

    insyaAlllangan jiran2 kita...tq abuikhwan.

    ReplyDelete
  9. sbb tu menghormati jiran termsk dlm sifat2 org yg beriman...

    ReplyDelete
    Replies
    1. JIRAN2 TU SEDARA TERDEKAT KITA...TQ ANIES.

      Delete
  10. Alhamdulillah dapat jiran yang baik ^^

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah ... Allah tdak akan mebebankan kita kecuali diri ita sendiri .

    ReplyDelete
  12. BEGITULAH YG SEBENARNYA...TQ QV.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist