Wednesday 11 January 2017

PANTUN PERBIDALAN BERKIAS...

ASSALAMUALAIKUM...

PANTUN PERBIDALAN BERKIAS


Jala  dikancing diletak tinggi ,
bungkus kersani tumpat gerigi;
bila kucing tidak bergigi,
tikus berani melompat tinggi

Bersuka kita karang kenanga,
dilitup selut sampan di jeti;
buka mata pasang telinga,
tutup mulut simpan di hati.

Sarung diluar jaringan kempas,
sabar mengambil longgokan ikan;
burung yang liar jangan dilepas,
khabar yang mustahil jangan didengarkan.

Buang sauh tidak terjangkau,
melayang candik sambung menyimpai;
barang yang jauh hendak dicekau,
tangan yang pendek dihubung tak sampai.

Tuil melentuk tampan terkukur,
duri kaktus kenari merenyut;
kail sebentuk umpan seekor,
sekali putus sehari berhanyut

Lain terpancar titip bersuci,
kasih dirasuk membilang sangga;
kain dalam acar dikutip dicuci,
masih nak masuk ke longkang juga.

Dalil menyimpan harta ribuan.
bayarlah zakat tanpa dilewat;
mengail berumpan kata bertipuan,
barulah mendapat apa dihajat.
Datang ke Lamir belum ke Pasai,
datang seorang labuh meranggi;
hutang samir belum langsai,
hutang kajang tumbuh lagi.

Menyasar bulan gerhana surut,
debar menguji kelana malang;
pasar jalan kerana diturut,
lancar kaji kerana diulang.

14 comments:

  1. Kain kapas kain sutera
    pakaian indah gadis jelita
    hela hafas setiap masa
    beramal ibdah jangan dilupa

    ReplyDelete
    Replies
    1. TKSH KAKZAKIE...PANDAI BERPANTUN SPONTAN..KAK KALAU NK CIPTA KANMAIN LAMA CARI IDE...HEH..HEH..

      Delete
  2. alhamdulillah terima kasih kak PI,,banyak perkataan baru yang PC dapat.. :)

    ReplyDelete
  3. TKSH PC...PERBIDALAN LAMA NI UNIK KLASIK BAHASANYA.

    ReplyDelete
  4. Ada laptop ni dapatlah singgah menyapa PI harini...
    Sungguh bermakna setiap bidalan pada pantun PI ni.Ada juga yang saya sendiri tak faham disebalik maksud.

    ReplyDelete
  5. Assalaamu'alaikum wr.wb, Kak Paridah Ishak....

    Pantun bidalan memang amat menarik dan penuh makna tersirat. Tidak senang untuk merangkainya kecuali yang berminat. Hebat orang dulu-dulu ya bila berpantun ada sahaja unsur alam dikaitkan. Akak pun pandai menciptanya.

    Emas perak tarikan wanita
    Sudah cantik berbudi tinggi
    Jika pandai mengukir kata
    Jiwa bahagia berbunga di hati

    Salam manis dari Sarikei, Sarawak. :)


    ReplyDelete
  6. TKSH SANIAH..BERUSAHA JUGA SINGGAH BLOG KAK YG TAK MESRA HP..GAYA BAHASA BIDALAN DULU MMG BGITU

    ReplyDelete
  7. WSALAM CT FATIMAH..PERBIDALAN KITA MMG CANTIK..KAK CUMA CARIKAN SAMPIRANNYA SAJA

    KAIN KASA SUDAH DIBELI
    BUAT BASAHAN DI TELAGA
    UKIRAN BAHASA INDAH SEKALI
    MATI KERESAHAN JADI LEGA

    ReplyDelete
  8. Peehh, berpusing kepala otak nak memahamnya.
    Indahnya seni kita kalau dapat memahaminya.

    ReplyDelete
  9. TKSH WP PERBIDALAN LAMA BERKIAS MAKSUDNYA SUKAR SIKIT NK FHM

    ReplyDelete
  10. TKSH DIK KK ORG DULU CKPNYA BERKIAS

    ReplyDelete
  11. cantik..
    tapi siapa samir, siapa kajang? hehehe
    knapa hutang banyak sangat.. hahahaha

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist