بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...


Lemang di para terasa gedi,
bunga senduduk bersendi juntai,
leka bersantai perhati dubuk;
memang perkara biasa terjadi,
ada lubuk menjadi pantai,
ada pantai menjadi lubuk.

Kala ribut bermalam di kampung,
kusut melarik diolah getus,
bumbung lama ringan digerak;
menghela rambut di dalam tepung,
rambut ditarik janganlah putus,
tepung pula jangan terserak


Kaki menapak meniti petang,
walau remang diredah sekatan;
rezeki secupak tak jadi segantang,
jikalau memang sudah suratan
.
Tersalah tempat menuding buah,
keluang duduk risau perhati;
sudah dapat gading bertuah,
terbuang tanduk kerbau mati.


Kilau telang bungalah desa,
walau teruji arif gayanya;
kalau berbilang darilah esa,
kalau mengaji alif mulanya.


Lilau berlenggang bawa gelenggang,
kepit daunnya letak di tangga;
kalau dah enggang sama enggang,
pipit pun sama pipit juga.


Rayau ke bagan merambu gaya,
tersadai perahu  patah leta;
kalau enggan seribu daya,
kalau mahu sepatah kata.

Gagang di dupa jeda berlenggang,
girang disapa tiada larang;
 apa kepada enggang,
orang apa kepada orang.

12 ulasan - "ENGGANG BERSAMA ENGGANG.."

NUCKYPRAYANTA NATALIUS delete icon 12 Julai 2017 9:34 PG

bagus saya suka sekali dengan kata-katanya mbak

Husna Rahman delete icon 12 Julai 2017 12:11 PTG

assalamualaikum kak PI..Lama tak menyinggah

selamat hari raya!

PeRdU cINta delete icon 12 Julai 2017 12:20 PTG

Berusahalah menjadi insan yang yang baik...

Kamsiah Yusoff delete icon 12 Julai 2017 12:53 PTG

ketika cinta datang menyapa-enggang dan pipit pun boleh terbang bersama..

saniah ibrahim delete icon 12 Julai 2017 4:06 PTG

sesekali dapatlah bertandang diruang komen PI...semoga pI sentiasa sehat.
Pipit biasanya sedar diri tak layak terbang bersama enggang....

Hasliynda Umairah delete icon 12 Julai 2017 4:11 PTG

wow power

paridah delete icon 12 Julai 2017 8:13 PTG

TKSH NUCKY PRAYANTA

paridah delete icon 12 Julai 2017 8:17 PTG

TKSH HUSNA SLMT RAYA MAAF ZHR BTN

paridah delete icon 12 Julai 2017 8:19 PTG

TKSHPC YA SENTIASA PRBAIKI DIRI

paridah delete icon 12 Julai 2017 8:22 PTG

TKSH KHAMSIAHCINTA MAMPU MEYAMAKA PERBEZAAN

paridah delete icon 12 Julai 2017 8:26 PTG

TKSH SANIAH ADA KESEMPATAN DPT JEGUK KAK OKLH TU..PIPIT MEST BSR JIWANYA JIKA HNDAK TERBAG BERSAMA ENGGANG

paridah delete icon 12 Julai 2017 8:27 PTG

TKSH LYN YEKE....IN SYAA ALLAH

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

 
-->