بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...



LAMA JUGA PI TAK DAPAT UPDATE BLOG YA...PI BALIK KAMPUNG BERAYA SEPERTI RAMAI YANG LAIN JUGA...BERAYA DI KAMPUNG AMAT MERIAH SUASANANYA...SETELAH USAI SOLAT HARI RAYA BERTALI ARUS ANAK-ANAK MENAIKI RUMAH PI MENJAMU SELERA DENGAN KUIH MUIH YANG DIHIDANGKAN BERSAMA LEMANG DAN RENDANG...ITU SAJA YANG MAMPU PI SEDIAKAN PUNDENGAN BANTUAN ANAK-ANAK ..

JIRAN TETANGGA DAN SAUDARA MARA JUGA BERGANTIAN MENZIARAHI PI...SUKANYA HATI PI DAPAT BERTEMU MEREKA SEMUA...TERASA LEBARAN II MENGERATKAN UKHWAH SILATURAHIM YANG SEDIA TERJALIN

SYUKUR ALHAMDULILLAH...

KEPADA YANG BERPUASA ENAMSEMPENA SYAWAL SELAMAT MENYAMBUT RAYA KALI KEDUA


KAYU KAYU PANCANG

Kutemui sebatang kayu pancang
Sudah berhabuk senget mereput
Meleret tumbang
Laluku cacakan semula
Pada posisi jitu teguh
Tegaklah ia bermain pawana
Silih ganti.
Kutemui lagi sebatang kayu pancang
Kondisi menyedihkan
Berhalangan merintang arus masa
Hanyut bergelimpangan.
Kutegakan semula satu persatu
Kayu pancang itu
Berderetan memagari lamanku
Eksploitasi situasi kepenggunaan
Kitar semula
Lestari kehidupan.

Paridah Ishak
Selayang Utama

2 July 017

13 ulasan - "KAYU KAYU PANCANG..."

Warisan Petani delete icon 2 Julai 2017 3:42 PTG

Wkmsalam.
Selamat hari raya PI
Suka tenguk gambar tu.

paridah delete icon 2 Julai 2017 3:50 PTG

YKSH SELAMAT RAYA WP..BIASALE LPS RAYA MENUNG SAT HEH..HEH..

I am LZ delete icon 2 Julai 2017 5:50 PTG

Salam Aidilfitri Kak PI..
Maaf andai ada salah dan silap sepanjang persahabatan kita di dunia maya..
Didoakan semoga Kak PI beroleh kesejahteraan dan dirahmatiNya selalu. Amin.

paridah delete icon 2 Julai 2017 9:59 PTG

TKSH LZ...AMIIN DOA YG SGT BRMKNA KAK DOAKAN UTK LZ JUGA

Siti Yang Menaip delete icon 2 Julai 2017 10:54 PTG

seronok raya jumpa sanak saudara dan kawan2.. meriah =)

Fidah Shah delete icon 3 Julai 2017 11:41 PG

Mesti meriah suasana raya kat kampung...

Mrs. A delete icon 3 Julai 2017 5:14 PTG

Memang meriah kalau beraya di kampung adik-beradik sanak saudara semua berkumpul

paridah delete icon 3 Julai 2017 9:51 PTG

TKSH SITI..MERIAH JUGA DGN ANAK2 KECIL YG RJN DTG BERAYA

paridah delete icon 3 Julai 2017 9:53 PTG

TKSH MRS A..YA BGITULAH KALAU BRAYA BRSAMA SAUDARA MARA YG RAMAI DI KAMPUNG

paridah delete icon 3 Julai 2017 9:56 PTG

TKSH FIDAH BERAYA SETAHUN DUA KALI JE N KESERONOKANNYA PERLU DIRASAI

SalbiahM delete icon 3 Julai 2017 10:39 PTG

kayu pancang jangan dibuang.ada gunanya walau dah reput. Salam Aidilfitri, maaf zahir batin kak PI

aryan azra delete icon 4 Julai 2017 4:32 PTG

selamat hari raya kak

Khir Khalid delete icon 4 Julai 2017 4:33 PTG

Baru hari ini dapat berblogwalking.. slmt hari raya aidilfitri kak PI.. maaf zahir dan batin :)

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

 
-->