بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
ASSALAMUALAIKUM...

SALAM JUMAAT MULIA

CORETAN PAK ENGKU
BINGKISAN BUAT KAWAN #9
SIFAT-SIFAT TERCELA (2)

Sifat tercela terdapat lagi
Takbur juga masuk sekali
Dendam kesumat dan iri hati
Serta segala penyakit hati.
Hasad dengki berburuk sangka
Berbuat fitnah henti tiada
Aibnya orang suka dibuka
Semuanya ini sifat tercela.
Takabur itu membawa makna
Agungkan diri setiap masa
Berlagak sombong tiada hadnya
Sampaikan Allah diperlekehnya.
Sifat takbur contoh terdapat
Dalam Al-Quran terang tercatat
Hinggakan iblis mendapat laknat
Di dalam syurga tiadalah tempat.
Begitu Iblis banggakan diri
Megah tercipta darilah api
Sujud ke Adam dia ingkari
Yang dari tanah Adam terjadi.
Firaun juga bersifat takbur
Sifat zalimnya amatlah masyhur
Musibah turun Allah yang atur
Di dalam laut mati berkubur.
Si Abu Jahal juga serupa
Kepada Allah dia derhaka
Bercakap takbur tiap ketika
Akhirnya Allah turunkan bala.
Apa kurangnya si Abu Lahab
Kepada Nabi dia biadap
Lalu Allah turunkan azab
Di neraka Allah tinggal terperap.
Hasad dengki termasuk juga
Salah satu sifat tercela
Lebihnya orang dia tak suka
Kurangnya orang dia ketawa.
Iri hati termasuklah juga
Sifat buruk yang amat hina
Orang lain hidup bahagia
Dia pula yang tidur tak lena.
Terdapat orang sifat celupar
Kata diluah teramat kasar
Pabila insan hati tercalar
Sengaja dia buat tak sedar.
Dendam kesumat pendam di hati
Dibawa pula sampai kemati
Memberi maaf sukar sekali
Inilah sifat yang amat keji.
Dalam diri jangan dibawa
Sifat suka berburuk sangka
Jika terus melakukannya
Pastilah diri menempah dosa.
Kerja memfitnah jangan dibuat
Itu perilaku orang yang jahat
Memfitnah itu dosanya berat
Ramai yang muflis tika di akhirat.
Janganlah kita sembarang-barang
Suka membuka aibnya orang
Perbuatan ini Allah melarang
Dalam Hadis dinyatakan terang.
Wasiat terakhir Rasulullah
Jauhi dendam dan sifat marah
Maafkan saja siapa bersalah
Sifat terpuji dipandang Allah.
Hidup kita di dunia fana
Bukan kekal selama-lama
Tah esok lusa kembali kita
Untuk bertemu Yang Maha Esa.
Setakat ini tertinta warkah
Jadikan ia sebagai wadah
Semoga hidup menjadi indah
Dalam perjalanan menuju Allah.



14 ulasan - "SEUNTAI PESANAN.."

aryan azra delete icon 14 Julai 2017 2:17 PTG

moga kita diajuhkan dari sifat2 yang tercela

paridah delete icon 14 Julai 2017 3:07 PTG

TKSH YAN ELAKAN SIFAT TERCELA

Atie Yusof delete icon 14 Julai 2017 3:41 PTG

Salam Jumaat Kak PI.. moga kita dijauhkan dari segala sifat yg tak baik...

Wan Syahida delete icon 14 Julai 2017 5:07 PTG

Amiin....

paridah delete icon 14 Julai 2017 6:03 PTG

TKSH ATIE SALAM JUMAAT MMOGA TERPELIHARA DARI SIFAT TERCELA

paridah delete icon 14 Julai 2017 6:04 PTG

TKSH WAN SYAHIDA

PeRdU cINta delete icon 14 Julai 2017 6:33 PTG

Terima kasih pesanan ini kak..moga kita semua terhindarlah daripada sikap yang tidak molek..

paridah delete icon 14 Julai 2017 8:33 PTG

TKSH PC MOGA KITA TRJNDAR DARI SIFAT TERCELA

Irda Garmin delete icon 14 Julai 2017 9:50 PTG

moga kita terhindar dari semua sifat tercela. :(

paridah delete icon 15 Julai 2017 8:19 PG

TKKSH IRDA MOGA2 KITA TERHINDAR DARI SIFAT2 BURUK

Sheila Adziz delete icon 15 Julai 2017 3:11 PTG

maha suci allah... betul tu kak PI, smg kita sentiasa dilindung dr sifat buruk...

paridah delete icon 15 Julai 2017 8:31 PTG

TKSH SHIELA..IN SYAA ALLAH MOGA BGTULH

Fidah Shah delete icon 16 Julai 2017 11:05 PG

Lama dah tak baca coretan Pak Engku

paridah delete icon 16 Julai 2017 10:23 PTG

TKSH FIDAH CORETAN PAK ENGKU MMG TERBAIK

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

 
-->