Thursday 5 April 2018

ULASAN BUKU MEMORI AIDILFTRI..,CATATANKU

ASSALAMUALAIKUM...



MEMORI AIDILFITRI
Genre : Anekdot
Penyelenggara :
Tabir Alam
Penulis : 35 orang (Malaysia 34), (Brunei 1)
Penerbit : SPTA
Nombor ISBN : 978-967-14738-8-7( Sastera Kehidupan)
Bilangan mukasurat : 118
Pengulas : Paridah Ishak

             MEMORI AIDILFITRI nukilan pena 35 orang penulis. Berganding karya penulis baru dan lama melontarkan catatan kenangan masing-masing ketika menyambut Aidilfitri.
            Pelbagai memori pengalaman penulis-penulis ini. Citranya  berbaur merona karya. Ada kisah  sedih kala dibaca menyentuh perasaan. Dan emosi rasa menjadi  sebaliknya pula tika menelusuri catatan harmoni menggembirakan..Kadangkala sukar dipercayai peulis penulis ini mengalami situasi begini kala menyambut Aidilfitri. Penceritaannya secara tulus  dan bersahaja. Amat menarik sekali
Anekdot Tokbatin Syam bertajuk Pakaian Raya Dan GST antara tulisan yang amat menarik dibaca justeru sinonim sekali dengan situasi warga marhaen yang sering berkeluh kesah menyediakan perbelanjaan keluarga setiap kali tiba sambutan hari raya.  Lantaran  barang-barang keperluan   melonjak harganya setiap hari.

            Antara penulis- penulis yang terlibat:
1.       Citranalis ;  Suatu Hari Di Hari Raya
2.      Dipinggiran;  Aidilfitri Tanpa Abah
3.      Jalimah Jaudin;  Lontong Mak Teh
4.      Kamarsinah Sarkam; Kegembiraa Berganda
5.      Mahani Mustafa; Memori Aidilfitri
6.      Mayang Haidziri; Baju Biru Raya
7.       Nazim Mohd Subari; Ayam Kampung Raya Ketiga.
8.      Masriyah Misni; Kenangan Baraan Aidilfitri
9.      Nor Azizah Idris; Memori Indah Di Aidilfitri
10.  Nor Lida Baharim; Rumah Tepi Tebing
11.  Norbaini Yusof; Kerinduan di Aidilfitri
12.  Onn Abdullah; Potret Aidilfitri
13.  Padin Majid; Kejutan Dua Syawal
14.  Pak Engku; Memori Sepi Di Aidilfitri
15.  Paridah Ishak; Sebuah Momen Aidilfitri
16.  Pauzi Mohd Isa; Sahabat Lama
17.  Qurniaan Jiwa; Inilah Ceritaku
18.  Raonah Mohd Sam; Memori Di Aidilfitri
19.  Rina Chundau; Memori Hari Raya
20.  Roserina S Sari; Kembali Fitrah Kepada Pencipta
21.  Russ Assan; Kesayuan Syawal
22.  Sabariah Nor Salleh; Tetamu Jauh Pada Syawal Ke Empat
23.  Saniah Masri; Suka Duka Di Aidilfitri
24.  Saudah Mat Lazim; Re Union GrupSDK 79
25.  Shapiai Mohd Ramli; Syawal Kembali Lagi
26.  Sri Mawar; Seindah Hari Raya
27.  Syidah Ida; Memori Di Aidilfitri
28.  Tabir Alam; Hening Aidilfitri
29.  Seti Zaleha; Kenangan Di Aidilfitri
30.  Tokbatin Sham; Pakaian Raya Dan GST
31.  Tunku Zarita; Aidilfitri Terakhir
32.  Wahidah Hj. Ahmad; Gelora Aidilfitri
33.  Yahti Hayati; Cuitan Rasa Di Aidilfitri
34.  Zaleena Ena; Air Mata Di Aidilfitri
35.  Zuraida Dewi; Harapan di Aidilfitri 

Memori mengingatkan kita suatu kejadian yang pernah dialami. Tanpa memori kita bagaikan mengulangi sesuatu peristiwa yag baru. Kehilangan nikmat memori dalam kehidupan sama seperti terpadamnya kenangan yang indah disamping kenangan yang menyedihkan.
TABIR ALAM


 

10 comments:

  1. ramai betul yg terlibat ya kak

    ReplyDelete
  2. Penulis-penulis berbakat...alhamdulillah tahniah semua...

    ReplyDelete
  3. Tahniah Kak...
    Moga terus berjaya

    ReplyDelete
  4. Penulis2 berbakat dan mempunyai aspirasi dan minat yg mendalam. Semoga kak PI terus sukses hendaknya... aamiin :)

    ReplyDelete
  5. Tahniah akak. Semoga terus sukses...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”

MyBloglist